Tuesday, October 11, 2011

TUA KEESOKKAN HARINYA..........


Pakar-pakar perubatan di selatan Vietnam menawarkan untuk membantu seorang wanita berusia 26 tahun yang kulitnya berkedut dalam satu malam saja, membuatkan dia kelihatan 30 tahun lebih tua, media tempatan di sana melaporkan hari Rabu.
Tiga hospital di Bandar Raya Ho Chi Minh City telah menawarkan Nguyen Thi Phuong perundingan dengan pakar-pakar selepas akhbar Tuoi Tre menerbitkan gambarnya pada hari Ahad.
Kulit Phuong berkedut tetapi dia masih mempunyai rambut dan postur wanita muda, kata akhbar itu. Keadaan dirinya telah membingungkan doktor-doktor tempatan.
Menurut laporan itu, masalah Phuong bermula pada tahun 2008 selepas dia makan makanan laut dan mukanya tercetus ruam. Dia diberi ubat dermatitis, tetapi selepas mengambil selama seminggu, mukanya bengkak dan gatal-gatal muncul di kulitnya.
"Apabila kami berkahwin, Phuong adalah seorang gadis yang cantik," suami Phuong, Nguyen Thanh Tuyên, 34, dipetik sebagai berkata.
"Adalah sukar untuk bercakap secara terbuka mengenai perkara-perkara suami isteri ini, tetapi fahamilah bahawa saya masih mencintai isteri saya," katanya.

[Tuoi Tre , Korea Herald , Unikversiti] -
 sumber | busuk.org





KESIAN KAN....BAYANGKAN TETIBA KOWANG BANGUN PAGI ESOK JADIK TUA........ADUYAIIIII

No comments:

Post a Comment