Thursday, March 17, 2011

RAHSIA MENGENAI WANITA YANG SUAMI PERLU TAHU..!!!


Apa yg jelas adalah... lelaki dan wanita adalah berbeza. Ada perbezaan secara biologikal, ada pula bagaimana kita bergaul tetapi keputusannya tetap sama. Kerap kita salah mengerti antara satu sama lain. Mengenali perbezaan ini adakalanya merumitkan kekusutan dan menyinggung perasaan. Ada beberapa isu utama yg membezakan jantina...

Ingin Menjadi Orang Yg Diutamakan Oleh Suaminya
Lelaki dan wanita menjadi cemburu mengenai perkara yg berbeza. Seorang lelaki menjadi cemburu akan adanya seseorang yg dianggap pesaing, manakala seorang wanita akan menjadi cemburu apabilia suaminya meluangkan lebih masa berjauhan darinya, tak kiralah utk sekadar secawan kopi bersama rakan-rakan atau utk bermain gof. Seorang wanita ingin merasai yg dia adalah No. 1 dlm kehidupan pasangannya. Tetapi dia tahu yg dia keutamaan saya, seorang suami berfikir. Biarpun begitu, setiap kali si suami pulang lewat atau menghabiskan masa yg banyak di gym, si isteri tidak mengetahui.

Seorang isteri akan berleter bukanlah kerana dia gemar berleter tetapi itulah cara dia cuba menyampaikan isihatinya kepada suaminya. Jika seorang suami/lelaki punya ego bila dihadapkan akan satu-satu situasi, begitu juga seorang isteri/wanita, dia punya harga diri.

Kemungkinan si suami banyak kerja di pejabat dan si isteri pula kerap memohon agar si suami dapat pulang sebelum jam 8 atau 9 malam. Kenapa? Bukanlah si isteri berfikiran yg suami mungkin punya wanita lain tetapi si isteri merasakan bahawa dia dan anak-anak tidak penting, memandangkan si suami terlalu kerap menghabiskan masa di pejabat hingga mengambil masa yg si suami patutnya luangkan di rumah bersama keluarga. Ada masanya pula, si suami mungkin ada di rumah tetapi kehadirannya seolah-olah tidak wujud dlm keluarga. Dia mungkin secara fizikal ada di rumah tetapi dia mungkin menghabiskan masa dgn membaca akbar dari beriadah dgn isteri dan anak-anaknya yg di laman rumah. Di sinilah si isteri merasa dirinya tidak lagi dihargai.

Kebanyakkan pasangan suami-isteri secara purata meluangkan masa tidak lebih dari 20min seminggu berkomunikasi secara bertentang muka. Ini selalunya berlaku apabila pasangan itu telah mempunyai anak. Pasangan yg telah berumahtangga selama 25tahun dan bahagia, mendapati bukanlah mutu (quality) masa yg diluangkan bersama yg memainkan peranan dlm mengekalkan ikatan dan kesefahaman tetapi jangka/kekerapan (quantity) masa yg diluangkan bersama.

♥ Ingin Seorang Suami Yg Rajin Buat Kerja Rumah Tanpa Disuruh
Ramai wanita akan merasa iri akan seorang wanita lain kerana suaminya. Bukanlah kerana suaminya itu seorang yg tampan atau berjaya tetapi seseorang yg mengongsi kerja rumah secara adil. Jika si isteri memasak maka si suami pula yg akan membersihkan selepas masak. Jika si isteri mencuci dan menjemur pakaian, maka si suami pula yg mengangkat dan melipat. Akan rasa nikmat jika apabila segala kerja rumah yg dilakukan oleh si suami itu bukanlah atas rasa belas tetapi kerana merasa suami isteri adalah satu pasukan yg perlu bekerjasama utk menjaga rumahtangga.

Seorang wanita perlukan merasa bahawa rumahtangga adalah ikatan bersama yg saksama. Lelaki pula kerap mengambil sikap bahawa mereka membantu apabila menolong... mencuci pinggan adalah kerja perempuan dan bukanlah kerja lelaki sedangkan apabila makan, makanan si suami perlu diletakkan di atas pinggan, jadi kenapa perlu ada rasa 'ini kerjamu'?

♥ Ingin Merasa Emosinya Dimanjakan Utk Merasa Ghairah
Keadaan pasangan sekarang yg rata-rata bekerja, membuatkan masa utk luangkan bersama menjadi begitu terhad dan apabila terhad maka terbinalah jurang yg menyebabkan pasangan tidak lagi mengenali satu sama lain. Akhirnya tidur di waktu malam menjadi satu rasa seolah tidur dgn orang asing dan hubungan kelamin menjadi dingin. Pasangan perlu masa utk mengenali diri masing-masing utk menikmati masa bersama. Jika rasa ini hilang maka hubungan seks menjadi satu kegiatan dlm senarai dan bukan lagi satu kenikmatan yg sama-sama inginkan.

Senantiasa berhubung ketika berjauhan, bertukar pendapat adalah satu yg menjadikan segalanya lebih bererti. Bercakap di talian biarpun hanya seketika akan membuat anda berdua telah meluangkan masa bersama. Mendengar hanya sekadar suara adakalanya, itulah yg amat diperlukan buat detik itu. Maka dari itu, cara yg dapat mengghairahkan seorang wanita bukanlah sekadar menyentuhnya secara fizikal tetapi menyentuh fikiran/mindanya juga kerana bagi lelaki, keghairahan boleh berlaku hanya sekadar visual atau pandangan tetapi bagi wanita, adalah apa yg didengarnya... selalunya suara pasangannya. Jadi, bila ingin mendampingi isteri, jgn saja terus dgn menyentuhnya dgn sentuhan tetapi sentuhlah juga hati dan fikirannya.

♥ Wanita tidak perlukan pakaian dalam atau perkakas dapur

Kenapa hadiah yg merupakan benda kecil, seringkali menyebabkan masalah besar bagi pasangan? Wanita menganggap makna disebalik hadiah yg diberi. Bila seorang suami memberi isterinya buku terbaru dari penulis kegemarannya mempunyai maksud 'Bila anda bercakap, saya dengar. Saya ingin menggembirakan anda.' Tetapi memberi ketuhar pembakar atau pakaian dalam akan membuat isteri anda merasa dirinya seperti lembu dgn maksud, 'Aku tak peduli atau ingin ambil tahu apa yg kau suka, jadi aku belikan apa yg menggembirakanku.

Lelaki sering merungut dgn berkata, 'Jika dia inginkan sesuatu utk ulangtahunnya, kenapa dia tidak memberitahuku?' Sementara si walnita pula akan berfikir, 'Jika aku memberitahunya, ia akan menghilangkan segala harga diriku sebagai seorang wanitakerana ia menggambarkan aku seolah-olah terlalu meminta-minta dan kau pula tidak pernah mengingatiku sama sekali.' Maka dari itu, perhatikan di waktu mendatang bila anda pergi membeli-belah dgn isteri anda. Lihat apakah barangan yg dia belek-belek atau punya minat dan berikanlah ia pada hari istimewanya yg akan datang kerana dgn berbuat begitu, menandakan yg anda benar-benar menyayanginya utk mengetahui apa yg dia inginkan!



♥Adakah cara yg betul utk menjawab 'Adakah baju yg saya pakai ini membuatkan saya kelihatan gemuk?'

Lelaki selalunya menjadi serba salah bila diajukan soalan sedemikian kerana bila berterus-terang dgn menjawab, 'Ya', tentunya dia menempah maut! Dah sah berentam nanti. Tetapi bila dijawab 'Tidak', dia akan dikatakan membohong. Jadi, apakah jawapan yg sepatutnya?


Wanita tentunya ingin jawapan yg mengatakan tentunya dia tidak kelihatan gemuk tetapi apabila suaminya memberikan jawapan tersebut, dlm banyak masa, si suami tidak memandang pun! Selalunya pun, wanita bertanya sedemikian hanyalah utk mendapatkan kepastian yg suaminya masih mendapati dirinya menarik.

Lelaki perlu tahu atau sedar bahawa apabila wanita menanyakan soalan sedemikan mengenai penampilannya, ia adalah petanda yg isteri anda merasa dirinya kurang keyakinan. Tidak ada jawapan yg salah ataupun betul bagi soalan sedemikian. Apa yg anda perlu lakukan adalah membuat jalinan dgn isteri anda apabila menjawab. Jalinan di sini bermaksud 'connection'. Anda sebagai suami perlu dapat mengenal pasti apa yg tersembunyi di sebalik pertanyaan itu dgn memberi jawapan sebijak mungkin utk membuat isteri anda rasa masih disayang dan dikasihi dan bukanlah 'Ya' atau 'Tidak'.



Ketahuilah, seorang isteri/wanita tidak akan merasa yg pinggangnya tidak lagi ramping atau wajahnya tidak secantik dulu jika dia sedar yg suaminya menghargai dan menyayangi dirinya, seadanya. Maka dari itu, cubalah lihat-lihat jika ada maksud tersembunyi di sebalik pertanyaan isteri anda dan bukanlah menjawab secara langsung tanpa memberi sedikit perhatian akan apa yg sebenarnya isteri anda ingin mendengar. Tidak salah bukan utk memberi sedikit perhatian? Lagipun, bukan orang lain yg anda puji dan tak rugi pun kalau memuji isteri sendiri dgn tujuan utk membuat dia rasa yg anda senantiasa menghargainya... ;)

No comments:

Post a Comment