Wednesday, March 30, 2011

Gempa Menghampiri Malaysia


KUALA LUMPUR – Kajian mendapati Malaysia akan turut berisiko menerima tempias gegaran dari semasa ke semasa sekiranya bencana alam yang teruk berlaku di Sumatera, Pulau Jawa dan Filipina.
Walaupun negara ini tidak termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik namun fenomena itu diakui oleh Jabatan Mineral dan Geosains sendiri melalui kajian yang dilakukan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, jika gempa bumi melanda Sumatera, sebahagian kawasan di Semenanjung Malaysia akan terasa gegaran manakala Sabah dan Sarawak pula menerima kesan sama jika bencana itu berlaku di Filipina.
“Kepingan tektonik bumi dan titik gempa di negara ini dalam keadaan solid (kukuh) berbanding negara lain yang sentiasa aktif.
“Namun negara ini tidak akan terlepas merasai gegaran sama ada kuat atau sedikit akibat tempias daripada kedua-kedua negara itu dan ia bergantung kepada skala di mana titik gempa di dua negara itu sama ada cetek atau dalam,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam

.....seram sejuk pulak aku dengar berita terkini ni...korang tak rasa seram ke?? aritu aku ade terbaca dalam Kosmo (ari ape tak ingat) .... katanya rakyat Malaysia akan diberi amaran awal dan akan disebarkan amaran tsunami atau gempa bumi sekiranya terjadi... tempoh masa sebaran adalah 12 MINIT!!! Pegawai² berikut akan dapat kesan tanda² gempa bumi atau tsunami akan terjadi seawal 5 minit awal... ermm..korang rasa lah kan...sempat tak korang nak larikan diri ..selamatkan harta benda dan keluarga dalam masa 12 minit???
Adusss....mana nak lari??? lagilah yang dok kat ngan kawasan perairan laut (pantai) .... apa yang paling dok terfikir dalam pala otak aku ni..mana aku nak selamatkan anak-anak aku..mana aku nak selamatkan barang2 berharga ke... ermmmmm...bila fikir2 balik..itu semua namanya bencana alam..kita manusia biasa... takkan mampu menghalang bencana terjadi...kerana itu semua telah ditentukan oleh-NYA (Yang Maha Esa)...  KUN FAYA KUN ....Nak jadi maka ia akan terjadi... walau sehebat mana pun persediaan kita utk menempuhinya ,andai telah tertulis ajal kita begitu...segalanya takkan dapat kita elakkan...
Oleh itu... sedarlah wahai umat manusia (ecehh..cam ustazah pulak aku..) selagi diberi masa dan eluang ini...bersedialah dengan perisai mu ( taubat dan amal) ...kerana segalanya di luar lingkungan dugaan kita.. SUBHANALLAH!!!


No comments:

Post a Comment