Friday, October 5, 2012

KISAH DI SEBALIK PENUTUPAN MIMALAND


Bagi yang lahir pada tahun 70-an mungkin mengingati sebuah taman rekreasi yang cukup popular suatu ketika dahulu. Taman rekreasi yang terkenal pada era 1980-an ini dikenali sebagaiMimaland mula dibina dalam tahun 1971.. Nama Mimaland yang agak unik itu sebenarnya adalah singkatan daripada gabungan perkataan Malaysia In Miniature Land. Ia dibina di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Pembinaan Mimaland dibuat dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat.



Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang. Antara tarikan utama Mimaland pada peringkat awalnya ialah ‘taman haiwan prasejarah‘ yang mengandungi binaan model-model dinosaur bersaiz besar yang begitu mengagumkan para pengunjung ketika itu. Beberapa buah filem tempatan pernah membuat penggambaran di situ.
Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.







Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga. Satu kemalangan telah terjadi di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993 yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun. Kejadian malang itu mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan yang terlibat iaitu kolam renang dan papan luncurnya bagi dilakukan kerja-kerja penambahbaikan. Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama yang berpunca daripada kejadian kecil tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut. Sekali lagi, kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya telah diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak termasuk agensi kerajaan di atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya ialah kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.



         KESAN PENINGGALAN MIMALAND YANG MASIH WUJUD HINGGA KINI


Dahulunya tempat ini sesak dengan orang ramai yang menunggu bas

Add caption

Suatu ketika dahulu merupakan ofis taman rekreasi

Van company

Basikal air kini tinggal kenangan..

Dahulunya pintu masuk ke taman rekreasi yang indah..

..tetapi kini pintu masuk ke alam angker

Jalan ke Mimaland ini dahulunya sibuk, sekarang sunyi sepi dan menyeramkan


SERAM WWWWWWOOOOOOOOOOOOO!!!!!

## Info Tambahan  :
Antara petikan angker dari forum Cari
"salam.. sy SR kat sini.. saya amat teruja mengenai group korang nih..
tak mo cakap banyak.. MIMALAND.. tu adalah kampung saya.. sedara mara saya banyak duduk kat area mimaland.. dan saya pun memang la selalu dok sana.. ulang alik dari umah.. kalo nak tau.. tempat tuh mmg keras sgt2.. pkcik n mkcik saya penah keja kat situ ms zaman kegemilangannya.. masa tutup tuh pun, saya bru drjah 2 or 3..hehehe
jangan kata mimaland je, sebelum mimaland, kat simpang batu 10-11, simpang palembang, kat situh pun byk kejadian n cik ponti berkeliaran.. termasuk pkcik, macit n sepupu sy penah kena.. dia melekat je kat cermin keta smpai cousin sy hmpir exsiden langgar lori.. kebetulan dia bawak baby dia.. mmg truk la dia nanes…
berbalik area mimaland tuh mmg keras giler la.. uma macit2 n arwah atuk sy pun area situ, kira2 100m dr mimaland pun slu mende2 dtg kaco.. kadang2 ponti la, antu kaki 3 la, SWeet pun ada, pling angker antu penanggal.. kua dok lepak dpn uma pun kene kaco.. de je nmpk mende tuh ats pokok durian.. kekadang si sweet ni men lompat2 tgh jalan.. dlm uma lagik la.. mcam2 ada.. oleh sebab sy di besarkn di sana.. n most of my family member mmg asal gombak.. jadi da bese la.."


brother yg poto nyer diatas (yg tgh naik basikal air  ngan anak2nyer) telah hilang bersama2 basikal air tersebut pada tahun 1975................bagaimana pun basikal air terseut telah ditemui selepas mimaland tutup sepenuhnyer...............persoalannyer.dimanakah brother yang didalam poto diatas...................sumber mimaland dlm lipatan sejarah..............halaman 213 / Buku sejarah gombak(DBP)

No comments:

Post a Comment