Entri kali ini cukup mencabar pemikiran aku rasa....hehhe...entah kenapa....malam tadi sewaktu aku sendsorang terkebil-kebil tak boleh nak tido... tetiba aku boleh terfikirkan MATI........... macamana aku akan mati nanti? macamana Allah akan cabut nyawa aku? adakah aku akan mati dengan mudah dan senang tanpa kesakitan? adakah aku akan mati kemalangan atau sakit atau secara tiba-tiba? semuanya terlintas dalam pemikiran aku.....
Tetiba....aku jadi sangat-sangat takut.....takut akan kematian dan bagaimana aku akan menghadapinya? adakah aku akan mati dengan orang-orang yang aku sayang ada di sisi aku? atau aku akan mati keseorangan?? ishk....tetiba sayu betul hati aku...sampaikan aku ambil wuduk dan buat solat sunat demi menenangkan hati..subhanallah.....
Lepas tu...aku terfikir pulak....kenapa aku fikirkan Mati pulak ni?? adakah 'saatnya' kian hampir? Aku pernah terbaca tanda-tanda kematian akan dirasai oleh orang itu dalam 100 hari sebelum tibanya saat itu...andai benar.....sudah cukupkah amalanku? sudah bersediakah aku???
Ya Allah......sungguh menyentap jiwa betul pemikiran aku malam tadi....akhirnya aku ambil keputusan untuk berwuduk lagi dan tidur..sambil memeluk anak-anakku......merekalah insan yang aku tidak sanggup untuk tinggalkan jika tiba saatnya nanti..kerana mereka masih memerlukan aku Ya Allah....Berilah aku peluang dan ruang untuk bersama mereka dan membesarkan mereka di samping mengumpulkan amalan ku sebaiknya....Ya Allah...hanya KAU Maha Mengetahui.....
* aku tinggalkan tanda tanya kat korang....pernahkah korang terfikir macamana cara kematian korang??
No comments:
Post a Comment