Monday, May 27, 2013

Sunday, January 27, 2013

ASAL USUL NAMA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA

1. SELANGOR 
Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada sejenis serangga yang digelar ‘langau’. Seorang pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara telah tewas oleh seekor langau yang menganggunya ketika berehat di tebing sungai. Akhirnya pahlawan tersebut telah meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan yang diberi nama Se-Langau dan akhirnya menjadi Selangor.

Kononnya juga nama Selangor berasal dari pokok Mentangau yang banyak terdapat di kawasan pinggir sungai. Pohonnya besar dan rimbun dan boleh dilihat dari laut. Ada diantara pedagang mengatakan ‘aku singgah di Kuala Sungai Mentangau’ seterusnya berkembang kepada Kuala Selangau dan akhirnya menjadi Kuala Selangor. 

Pendapat lain ada menyatakan Selangor berasal dari perkataan ‘salang’ dan ‘jemur’. Dikatakan Kuala Selangor menjadi tempat penyiksaan para penderhaka dengan cara disalang dan dijemur sehingga mati. Dua perkataan salang dan jemur dicantumkan menjadi ‘selangur’.

Maklumat ini telah di ambil dari laman web Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)




2) JOHOR

Nama silam Johor adalah "Ujung Tanah", sementara R.O Winstead dalam penulisannya pernah merujuk negeri Johor dengan nama "Wurawari", ianya adalah istilah jawa yang bermaksud "Air Jernih". Antara nama lama yang merujuk kepada negeri johor ialah, "Hujung Medini"(disebut dalam syair jawa Nagara kretagama), Ganggayu (nama Johor sebelum 1450) dan Langyu. Namun nama negeri lebih kuat dipercayai berasal dari perkataan arab iaitu "Jauhar" yang membawa maksud "Permata".




3) KEDAH

Kedah mengikut catatan ramai sejarawan adalah negeri tertua di Tanah Melayu, ianya berdasarkan penemuan arkeologi tentang kewujudan penempatan serta aktiviti masyarakat Melayu Proto. Nama kedah mengikut rujukan catatan arab dan parsi ialah "Kilah", "Kalah" atau "Qalha". Dalam tulisan sanskrit Kedah dicatatkan sebagai "Kataha" atau "Kadara", sementara dalam naskah tamil ianya dikenali sebagai "Kadaram" atau "Kalaram". Tetapi menurut Wilkinson, nama negeri ini berasal dari perkataan "Kheddah" yang membawa erti perangkap Gajah, tetapi ada juga yang mengatakan Kedah adalah bermaksud "Gelas berkaki" dalam bahasa arab, ianya bersempena dengan perniagaan pedagang arab yang menjual gelas berkaki pada masa itu.



4) KELANTAN

Mula muncul dalam catatan Ptolemy yang merujuk negeri ini sebagai Kalantan. Dikisahkan nama Kelantan diperkenalkan oleh orang India Utara, ianya berasal dari Bandar Koli, tempat kelahiran bonda kepada Gautama Buddha, nama Koli kemudian digabungkan dengan perkataan "Thana" yang bermaksuh Tanah, lalu jadilah "Kolithana" yang kemudiannya disebut oleh penduduk pada ketika itu sebagai "Kolamtanah" atau "Kolamtam" yang akhirnya menjadi Kelantan. 

Catatan dalam ensiklopedia Ma Tuan-Lin ada menyebut tempat ini sebagai "Ko-lo". Dalam catatan China yang selainnya ada dikesan nama sepertu "Ho-lan-tan" atau "Kou-lo-tan". Sementara dalam peta De'eredia, wujud nama "Calantan Rio", sementara peta selainnya disebut "Calantan", "Calantam" dan "Calantao". Terdapat juga kisah bahawa nama Kelantan itu adalah bersempena dengan nama pokok "Gelam Hutan" yang tumbuh di pesisir pantai negeri Kelantan pada ketika itu.



5) MELAKA

Selain dari kisah Parameswara yang menyaksikan seekor pelanduk menendang anjing hingga jatuh ke sungai dan Pokok Melaka tempat beliau bersandar ketika itu, terdapat teori lain bagaimana Melaka mendapat namanya. Dalam naskah lama "Sejarah Melayu" memang sudah disebut nama Melaka, ia mugkin dari istilah "Malakat" atau "Mulagah" yang digunakan oleh pedagang arab yang membawa maksud "pusat / tempat perdagangan ". Dalam bahasa sanskrit, Melaka mungkin dirujuk sebagai "Malayakolam" atau "Malayaka" yang membawa erti "negeri orang melayu".




6) NEGERI SEMBILAN

Nama negeri ini bersempena 9 negeri yang berada dibawah gabungannya, kawasan berkenaan ialah ;
1) Sungai Ujong
2) Naning
3) Rembau
4) Jelebu
5) Johol
6) Klang
7) Jelai
8) Ulu Pahang
9) Segamat

Negeri Sembilan kemudiannya menyerahkan Klang kepada Selangor, Ulu Pahang dan Jelai kepada Pahang dan Segamat kepada Johor. Rombakan kawasan kemudianya menyenaraikan 9 kawasan berikut sebagai negeri yang sembilan, iaitu:

1) Sungai Ujong
2) Rembau
3) Jelebu
4) Johol
5) Ulu Muar
6) Inas
7) Gunung Pasir
8) Terachi
9) Jempol




7) PAHANG

Nama klasik bagi negeri ini ialah Inderapura, nama Pahang telah ada sebelum adanya negeri Melaka, ianya dikenali sebagai Pahang Tua. Tiada kisah yang jelas bagaimana Pahang mendapat namanya, namun dalam bahasa Khmer, Pahang itu bermaksud "timah" yang mungkin juga ada kena mengena dengan Sungai Lembing yang terkenal dengan timah. 



8) PERAK

Sepertimana Pahang, Perak juga mempunyai nama klasiknya yang tersendiri, iaitu Gangga Negara, pusat pemerintahan Gangga Negara ialah di Beruas. Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, nama Perak diberi bersempena dengan anak panah bermata perak yang dilepaskan oleh anak Raja Merong Mahapodisat Kedah. Anak panah itu dilepaskan ke kawasan yang dihajati beliau untuk dijadikan sebuah negeri.



9) PERLIS

Perlis dahulunya dikenali sebagai "kayang" atau "kayangan", dan nama Perlis diberi bersempena dengan nama seorang tua yang dianggap mempunyai keramat, iaitu "Tok Perlis". Ada juga versi lain bagaimana Perlis mendapat nama,berkemungkinan ianya berasal dari perkataan siam "Phrau Loi" yang bermaksud kelapa hanyut, kelapa hanyut ini dikatakan banyak dijumpai oleh orang-orang siam yang menggunakan laluan kuala sungai Perlis untuk ke Kedah. Sebutan "Phrau Loi" ini bila disebut oleh masyarakat tempatan akhirnya menjadi "Perleh".



10) PULAU PINANG

Ianya berasal dari barisan pokok-pokok pinang di kawasan penempatan masyarakat asal melayu di kawasan pantai. Pulau Pinang pernah diberi nama "Prince of Wales" oleh Francis Light pada 11 Ogos 1786, tetapi mujur juga nama itu tidak lekat dan hanya wujud dalam catatan serta peta inggeris, tetapi tidak di bibir penduduk tempatan.




11) TERENGGANU

Dipercayai berasal dari cahaya kilat yang dilihat oleh penduduk Kelantan, lalu mereka berkata "terangnya genu" atau maksud lainnya "terang sampai ke sana". Terdapat juga kisah yang mengatakan nama Terengganu berasal dari kisah penemuan taring gajah di sebatang sungai di Pulau Duyong, dek kerana saiz taring yang besar serta belum pernah dilihat oleh penduduk tempatan, mereka merujuk taring itu sebagai "Taring anu", sungai dimana taring tersebut dijumpai juga dikenali sebagai "Sungai Taring Anu".



12) SABAH

Pernah dikenali dengan nama "Api-api", Sabah mendapat namanya daripada perkataan "Saba", iaitu sejenis pisang. Kebanyakkan penduduk asal menanam pisang ini di penempatan mereka di sekitar pantai untuk dijadikan sumber makanan.



13) SARAWAK

Tiada kisah yang cukup popular untuk dijadikan sandaran bagaimana Sarawak mendapat nama, mungkin juga bersempena dengan nama Sungai Sarawak. Terdapat sumber dikalangan penduduk tempatan yang mengkisahkan nama Sarawak berasal dari ungkapan " serah pada awak", iaitu apabila Pengiran Muda Hashim menyerahkan pentadbiran negeri itu kepada James Brooke pada tahun 1841.



14) KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Dalam Bahasa Melayu, maksud namanya adalah "kuala berlumpur." Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. 87 pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di daerah Ampang, yang pada masa itu kawasan hutan belantara. Walaupun 69 dari mereka meninggal dunia kerana keadaan penyakit wabak, pelombongan biji timah yang berkembang telah ditubuhkan. Ini menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong untuk mendapatkan sebahagian dari biji timah. Pedagang membina kedai di kuala sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana itu, sebuah bandar telah dilahirkan. Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada kerajaan negeri Selangor.
Sementara pekan itu membesar, Inggeris, yang menjajah Malaya pada waktu itu, merasa mereka harus melantik (Kapitan Cina, atau Kapten kepada orang Cina) untuk mentadbirkan keempatan itu dan memastikan ada undang-undang dan peraturan. Kapitan Cina yang pertama itu adalah Hiu Siew. Kapitan Cina yang ketiga adalah Yap Ah Loy, yang melihat kebesaran Kuala Lumpur dari pekan lombongan kecil yang sunyi hingga ia menjadi bandar Selangor yang terutama. Pada awalnya, Kuala Lumpur adalah pusat Perang Saudara Selangor, di mana dua persengkatan dapat ditanggapkan; pergaduhan di antara putera-putera Selangor ke atas keuntungan lombongan biji timah, dan suatu dendam berdarah di antara Kapitan Yap dan Chong Chong, yang mahu menjadi Kapitan. Kapitan Yap dan tulang belakangnya, Tengku Kudin, berjaya dan sejak masa itu, terima kasih kepada pimpinan bagus Kapitan Yap, Kuala Lumpur menjadi bandar yang terbesar di Selangor. Dia membina Kuala Lumpur, yang dihancurkan oleh Perang Saudara dan memenuhinya dengan pelombong Cina dari tempat lain di Selangor. Dia juga mengalakkan petani Melayu untuk tinggal dekat Kuala Lumpur untuk memudahkan bekalan sumber makanan.



SUMBER RUJUKAN




Saturday, November 10, 2012

Dulunya Rumah Mayat, Sekarang Hotel!

Bekas kamar mayat, lengkap dengan meja autopsi dan almari mayat, diubah menjadi hotel oleh pengusaha Australia. Mau menginap di sana?
Seperti yang diterbitkan dari The Telegraph (23/10), meja-meja autopsi di bekas kamar mayat di Willow Court, Tasmania, tersebut nantinya akan dijadikan tempat tidur. Jadi tidak akan ada tilam empuk seperti layaknya hotel lain jika pengunjung menginap di tempat ini.Wow!!

Bilik mayat tahun 1950an ini sebenarnya sebahagian dari rumah sakit Narapidana dari tahun 1830. Namun 12 tahun yang lalu, kamar mayat ditutup dan tidak diguna lagi.
Di dalam kamar mayat, ada peti ais dan bekas mandi yang pernah digunakan untuk mencuci mayat. Hadyn Pearce selaku pemiliknya menjelaskan bahwa ia berniat memulihkan bangunan tersebut secara berperingkat.
Pearce juga menyampaikan kalau meja bekas membedah mayat akan dipromosikan menjadi suite utama hotel.

Pearce sendiri adalah seorang pedagang barang antik yang telah membuka sebuah motel . Ketika ditanya apakah nanti pelancong benar-benar mau menginap di hotel bekas kamar mayat miliknya, ia berkata, “Kita lihat saja nanti.”
Harapan Pearce adalah hotel bekas kamar mayat tersebut akan dibuka awal tahun depan. Selain kamar mayat, sebenarnya ada beberapa bangunan lainnya yang diubah menjadi hotel. Sebut saja bunker nuklear di Swiss, penjara di Australia, dan gerbang kereta api di West Sussex.
Haaa…berani??





Friday, November 2, 2012

DOA MUSLIMAH



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…
Kau ampunilah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental & fizikal
Kau kurniakanlah aku dgn sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata2 nista & keji
Kau kuatkanlah semangatku untk menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanmu di Arash,
berikanlah aku kekuatan & keyakinan untk terus bersamanya..
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akn membimbingku di atas titianMu,
Kurniakanlh aku sifat kasih & redha di atas segala perbuatannya..
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di Al-JannahMu,
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk tawaduk akn segala perintahnya..
Sekiranya suamiku ini adalah yg terbaik untukku,
Peliharalah tingkah laku serta kata2 ku dari menyakiti perasaannya..
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati olehMu,
Berilah aku kesabaran untk menghadapi segala karenah & ragamnya..
Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan hanya untuk diriku seorang,
Kau tunjukanlah aku jalan yg terbaik untuk aku harungi..
Sekiranya suami ku tergoda dgn keindahan duniamu,
Limpahkanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya…
Sekiranya suamiku mencintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar daripada terus terlena..
Ya Allah,
Engkau yg Maha Mengetahui akan apa yg terbaik untukku..
Engkau juga yg Maha Mengampuni segala kesilapan & keterlanjuranku..
Sekiranya aku tersilap dalam membuat sebarang keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yg engkau redhai…
Sekiranya aku lalai dlm menjalankan tanggungjawabku sebagai isteri,
Engkau hukumlah aku di dunia,tetapi bukan di akhiratMu..
Sekiranya aku engkar & derhaka,
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu..
Ya Allah..Sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa rahmatMu..
Kuatkanlah hati & semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan dari Mu..
Jadikanlah aku isteri yang disenangi oleh suamiku..
Bukakanlah pintu hatiku untuk menghayati agamaMu..
Bimbinglah aku agar menjadi isteri yang solehah..
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan..
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu..
Kerana aku sedar betapa hinanya diriku..
Kerana aku seorang insan yang kerap keliru..
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu..
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranmu..
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa di hati suami…
Amin amin Ya Robbal Alamin…

5 Sikap Wanita Melalui Bantal

Wanita merupakan insan yang dicipta oleh Allah sebagai teman kepada seorang lelaki. Hadirnya sebagai penyeri, dan lambang kepada kehidupan yang harmoni. Wanita terkenal dengan sikap mereka yang penyayang, sensitif dan lembut tetapi kadang-kadang agak mencabar seseorang lelaki. Tahukah sikap seseorang wanita itu dapat diketahui hanya dengan melihat aksi mereka dengan bantal mereka?

1. Memeluk Bantal
-Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja.
-Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
-Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
-Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
-Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2. Menggunakan Banyak Bantal-Mereka biasanya kurang kenyakinan.
-Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
-Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3. Tidur Dengan Satu Bantal
-Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
-Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
-Mereka mempunyai sifat kurang baik.
-Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
-Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
-Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
-Mereka tidak suka berusaha.

5. Tidur tanpa Bantal
-Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
-Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


Thursday, November 1, 2012

Petua Kurangkan Nafsu Makan

Nafsu makan secara berlebihan memang sukar untuk dibendung. Tetapi sekiranya ia tidak dikawal dengan baik dan seawal yang mungkin, ia boleh mendatangkan masalah kesihatan di kemudian hari. Itu fitrah, kita pantang melihat orang makan ayam, burger di  KFC, MCD mesti kita akan rasa dipengaruhi(-aku tak heran pong, korang punyer perut, kao sumbat la selagi bleh sumbat).. Justeru, di sini dikongsikan beberapa tip dan panduan untukmembantu membendung nafsu makan secara berlebihan.


  • Minum air putih 8 – 10 gelas sehari. Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan boleh menjadi peneybab nafsu makan meningkat secara mendadak.
  • Makan dalam kuantiti kecil sebanyak 4 atau 5 kali sepanjang hari. Kaedah makan dengan cara ini dikatakan lebih baik dan dapatmencegah daripada rasa lapar berlebihan berbanding dengan makan dua atau tiga kali dalam kuantiti yang besar/banyak.
  • Jangan lewatkan waktu makan. Ia kebiasaannya akan menyebabkan seseorang makan secara berlebihan daripada sepatutnya bila tiba waktunya kelak.
  • Kurangkan jumlah makanan belemak dan mengandungi gula yang tinggi.
  • Tingkatkan jumlah serat di dalam menu makanan anda. Serat membantu membuatkan perut terasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
  • Makan di rumah adalah dikatakan lebih baik kerana anda terhindar dari makan dengan banyak atau mengambil makanan berkalori tinggi tanpa kawalan.

sumber : melayukini.net